10 February 2010

Tips membuat Favicon untuk Blogger

Apa itu Favicon? Lihat di sebelah alamat web anda, ada gambar atau logo bukan? Itulah Favicon blog anda. Anda BOSAN dengan logo oren blogger yang normal?



Ingin Favicon yang boleh menjadi identiti anda? Disini teman beri cara membuat custom favicon dengan mudah:



1. Sediakan sekeping gambar yang ingin anda jadikan Favicon.

2. Masuk ke http://www.convertico.com

3. Tukar gambar anda menjadi saiz Favicon di situ serta upload kan ke hosting gambar kegemaran anda. Salin alamat URL gambar Favicon tersebut.

4. Log in ke blog anda.

5. Di Dashboard, sila pilih Layout. Klik Edit HTML. Di dalam ruang Edit Template anda akan jumpa kod HTML untuk blog anda.

6. Cari kod dibawah ini:

</head>

7. Masukkan kod dibawah ini di atas kod </head> tadi

<link href='http://masukkan URL gambar anda disini'
rel='shortcut icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/>

<link href='http://masukkan URL gambar anda disini'
rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

8. Setelah selesai langkah-langkah di atas, klik PREVIEW

9. Jika tiada sebarang isyarat error, sila klik SAVE TEMPLATE. Selesai.

5 comments:

  1. wah best! Boleh try ni! tp kan.. xleh besarkan lg ke favicon tu.. sbb kecik je.. tengok favicon Blogger or lain2, nmpk besar je.. huhu

    ReplyDelete
  2. |arieza| - Dia ikut mood ah... Hehehe, boleh jewr kalau nak... maksimum 32 x 32 pixel rasanya.

    ReplyDelete
  3. hi..sy dah buat favicon ni tp nape dah kelamaan favicon xde kuar dan kena edit convertico lg br ada favicon.

    ReplyDelete